Apa Itu Perfume Notes?

Perfume Notes adalah bahan-bahan (ingredients) yang membentuk sesuatu perfume. Ianya boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Top Notes, Heart atau Middle Notes dan Base Notes.

Bahan-bahan yang diadun dengan teliti akan membentuk wangian yang unik dan tersendiri. Perfume notes digambarkan dalam bentuk pyramid di mana Top Notes berada di puncak piramid dan Base Notes di lapisan paling bawah. Bauan Top Notes akan menyejat dan menghilang dengan cepat manakala Base Notes pula bertahan paling lama.

 

Apa Itu Top Notes?

Top Notes merupakan lapisan paling atas sesuatu wangian. Ia merupakan bauan yang pertama dihidu bagi sesuatu perfume dan sangat penting kerana ia memberikan gambaran pertama (first impression) bagi perfume tersebut. Top Notes akan menyejat dan menghilang dengan cepat, biasanya bertahan antara 5-15 minit sahaja.

Sebahagian daripada Top Notes yang selalu digunakan adalah wangian citrus seperti lemon, orange dan bergamot. Wangian floral seperti lavender dan rose selain basil dan anise juga sering digunakan sebagai Top Notes.

 

Apa Itu Heart Notes?

Sepertimana namanya, Heart Notes adalah ‘jantung’ kepada sesuatu perfume. Bauan Heart Notes muncul apabila bau Top Notes mula pudar dan menghilang. Oleh kerana Heart Notes merupakan kira-kira 70% daripada keseluruhan wangian perfume, ia tahan lebih lama.

Antara Heart Notes yang sering digunakan adalah pati minyak floral seperti jasmine, geranium, neroli dan ylang-ylang selain wangian rempah ratus seperti cinnamom, pepper, pine, lemon grass, black pepper dan cardamom.

 

Apa Itu Base Notes?

Bersama-sama Heart Notes, Base Notes membentuk lapisan asas dan bauan utama kepada perfume. Ia muncul selepas 30 minit dan memberikan bau yang lebih mendalam dan tahan lama sehingga 6 jam atau lebih.

Base Notes yang popular termasuklah vanilla, amber, musk, patchouli, moss dan woody notes seperti sandalwood dan cedarwood.

 

Bagaimana anda boleh mengenali setiap perfume notes?

Anda boleh mengenali setiap perfume notes berpandukan kepada masa yang berlalu selepas mengenakan perfume. Top Notes adalah bauan yang dapat dihidu serta merta lepas perfume digunakan. Heart Notes muncul 5-15 minit kemudian, selepas bauan Top Notes mulai memudar. Base Notes adalah bauan yang paling lama berada pada kulit anda dan selalunya yang paling diingati bagi perfume tersebut.

Setiap notes adalah penting dan menyumbang kepada kualiti perfume. Sebahagian daripada kategori perfume notes yang biasa digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah fresh, floral, spice, fruit, wood dan musk.

 

Sweizy by Soul Scentiment diadun berasaskan floral dan fruity notes yang menghasilkan haruman fruity floral yang wangi, segar dan menenangkan.

Dapatkan Sweizy by Soul Scentiment segera dengan harga istimewa. Baunya yang segar dan menenangkan pasti membuatkan anda lebih ‘cool’ dan berkeyakinan! Setiap perfume notes yang dihasilkan untuk Sweizy by Soul Scentiment amat harum dan begitu menyenangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart