Tips Memilih Perfume Untuk Wanita

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apa memilih perfume untuk wanita. Ianya bukan tugas mudah lebih-lebih lagi jika anda membeli perfume sebagai hadiah untuk yang tersayang. Setiap wanita harus mempunyai wangian unik yang dapat menggambarkan siapa diri mereka. Anda juga pastinya ingin berbau harum dan menyenangkan setiap kali berjumpa dengan sesiapa sahaja. Untuk itu kami gariskan beberapa panduan bagi memudahkan anda memilih perfume untuk wanita.

 

  1. Tentukan jenis wangian yang anda mahukan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila memilih perfume untuk wanita adalah dengan menentukan jenis wangian yang sesuai dan terbaik untuk anda. Terdapat pelbagai jenis wangian boleh dipilih seperti: Citrus, Fruit, Floral, Musk, Oriental, Spice, and Woody. Citrus mungkin merupakan jenis wangian yang paling digemari dan diikuti oleh floral. Biasanya citrus menghasilkan bauan yang bersih dan segar manakala floral pula lebih kewanitaan. Jika anda seorang yang feminin dan sukakan bauan yang lembut, wangian floral adalah sesuai dan tepat bagi anda. Wangian floral yang sering digunakan seperti lavender, cherry blossom, ros, freesia dan geranium. Citrus mempunyai bau yang lebih berani. Ini termasuklah aroma daripada buah oren, lemon atau epal. Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih bersahaja, pilihlah bauan seperti firewood, rainforests atau patchouli.

Jika anda gemarkan pilihan, mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis wangian adalah langkah yang baik. Anda boleh gunakan floral pada sesuatu hari dan citrus atau oriental pada hari yang lain. Namun yang penting, setiap pilihan wangian anda haruslah menggambarkan siapa diri anda yang sebenarnya.

 

  1. Tentukan kepekatan atau konsentrasi perfume yang bersesuaian

Secara umumnya wangian mempunyai 5 kategori berdasarkan tahap kepekatan pati minyak wangi yang berbeza. Tahap kepekatan ini akan menentukan berapa lama wangian mampu bertahan di sepanjang hari. Sentiasa semak kategori atau jenis perfume sebelum anda membuat pembelian. Lebih pekat pati minyak wangi yang terkandung dalam sesuatu perfume, maka lebih tahan lama dan lebih mahal pula harganya.

Ringkasnya, terdapat 5 jenis kategori utama perfume iaitu Eau Fraiche, Eau de Cologne (EDC), Eau de Toilette (EDT), Eau de Parfum (EDP) dan Parfum.

  1. Eau Fraiche – mempunyai kepekatan pati minyak wangi yang paling rendah, 1-3%. Hanya bertahan sehingga 3 jam sahaja.
  2. Eau de Cologne (EDC) – berkepekatan di antara 2-6%. Bertahan sehingga 4 jam atau kurang.
  3. Eau de Toilette (EDT) – Berada di tengah-tengah dengan kepekatan pati minyak wangi 5-15% dan mampu bertahan sehingga 6 jam serta harga yang lebih murah berbanding EDP.
  4. Eau de Parfum (EDP) – EDP mempunyai kepekatan pati minyak wangi di antara 15-20% dan mampu bertahan sehingga 10 jam pada badan dan sekitar 16 jam pada pakaian. Sesuai dengan kepekatan dan ketahanan, harga EDP lebih mahal berbanding EDT namun sudah tentu ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan. EDP merupakan salah satu perfume yang amat sesuai jika anda sedang memilih perfume untuk wanita.
  5. Parfum – mempunyai kepekatan yang paling tinggi iaitu 15-40%. Harganya juga paling mahal serta mampu bertahan sehingga 12 jam pada badan.

 

  1. Cuba, cuba dan cuba lagi

Jika anda mempunyai peluang, cuba bauan perfume yang anda ingin dapatkan. Sewaktu anda sedang mencuba sebarang bauan, pastikan anda tidak membuat sebarang keputusan sehingga ada dapat menghidu aroma heart dan base notes perfume tersebut.

Semasa anda membeli perfume, hadkan bilangan perfume yang anda cuba pada satu-satu masa di antara 3-6 perfume sahaja. Semburkan pada pergelangan tangan dan tunggu sehingga bauan heart dan base notes muncul sebelum membuat keputusan.

Sekiranya anda membuat pembelian secara online dan tidak berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  1. Rujuk kepada keterangan berkenaan jenis, notes dan kategori perfume supaya anda mendapat gambaran berkenaan bau sebenar perfume tersebut.
  2. Ulasan serta testimoni daripada mereka yang pernah menggunakan perfume tersebut juga amat membantu untuk anda membuat keputusan.
  3. Cuba dapatkan perfume yang anda belum pasti harumannya dalam kapasiti yang kecil terlebih dahulu seperti 30-35 mls. Ianya lebih murah dan anda tidak terasa terlalu rugi jika ianya benar-benar tidak sesuai dengan anda.

 

Kesimpulannya, walau apapun perfume yang anda pilih, pastikan ianya sesuai dengan diri dan personaliti anda kerana setiap wanita adalah unik, begitu juga dengan wangian anda. Memilih perfume untuk wanita bukanlah satu tugas mudah, namun ia sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart