15 Tips Untuk Mendapatkan Minyak Wangi Yang Tahan Lama

Minyak wangi yang tahan lama adalah salah satu kriteria yang dititik beratkan oleh pengguna dalam pemilihan wangian kerana ianya lebih menjimatkan dan berbaloi dengan pembelian. Selain daripada ciri-ciri asal sesuatu minyak wangi, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjadikan minyak wangi yang digunakan lebih tahan lama.

  1. Mulakan semburan sebaik sahaja selepas mandi. Menggunakan minyak wangi pada ketika yang betul adalah amat penting. Kulit yang lembab selepas mandi akan memastikan haruman minyak wangi melekat lebih lama pada badan anda.
  2. Gunakan losyen pelembab. Sekiranya kulit anda kering, menggunakan pelembab tanpa bau sebelum semburan minyak wangi adalah langkah yang baik untuk memastikan harumannya tahan lebih lama.
  3. Anda juga boleh mengguna pelembab yang mempunyai bau yang sama dengan minyak wangi anda sekiranya ada untuk memaksimakan jangka hayat haruman anda.
  4. Lakukan semburan terus pada kulit. Minyak wangi akan memberikan aroma yang terbaik dan tahan lama apabila bertindak balas dengan lapisan minyak semulajadi pada kulit anda.
  5. Semburkan minyak wangi pada titik nadi anda. Wangian bertindak balas dengan haba, oleh itu semburan pada titik nadi akan membantu menghasilkan aroma di sepanjang hari. Cuba semburkan pada leher, pergelangan tangan, bahagian dalam siku dan belakang lutut anda untuk hasil yang optimum.
  6. Anda juga boleh menggunakan Vaseline pada titik nadi sebelum semburan bagi menambah kelembapan kulit dan menghasil haruman minyak wangi yang tahan lama.
  7. Jangan gosok pergelangan tangan sebaik selepas semburan. Geseran pada pergelangan tangan akan menghasilkan haba yang akan memecahkan molekul minyak wangi dan menyebabkan baunya menghilang dengan lebih cepat.
  8. Pilih minyak wangi dengan kepekatan yang betul. Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Parfum (EDP) lebih tahan lama berbanding Cologne kerana mempunyai kepekatan pati minyak wangi yang lebih tinggi.
  9. Simpan minyak wangi anda dalam botolnya yang asal. Sesetengah individu gemar menyimpan minyak mereka dalam botol yang berlainan. Ini boleh menyebabkan minyak wangi anda mudah meruap dan mengubah struktur kimianya.
  10. Jangan simpan minyak wangi dalam bilik mandi sebaliknya simpanlah dalam bilik tidur anda. Udara yang lembab boleh melemahkan bau minyak wangi anda.
  11. Jangan goncang botol minyak wangi anda. Goncangan boleh menyebabkan udara menyerap masuk ke dalam botol dan menurunkan kualiti minyak wangi tersebut.
  12. Semburkan wangian pada bebola kapas dan letakkan dalam beg plastik untuk dibawa bersama. Anda boleh gunakan wangian pada bebola kapas ini untuk menambahkan bauan minyak wangi anda apabila perlu.
  13. Semburkan pada pakaian. Selain digunakan pada badan, semburan pada pakaian akan menyebabkan haruman kekal lebih lama. Namun ada harus berhati-hati kerana sesetengah minyak wangi boleh menyebabkan pakaian anda comot dan meninggalkan kesan warna.
  14. Anda juga boleh membuat semburan pada kertas tissue dan letakkannya dalam almari pakaian anda. Pakaian anda akan sentiasa berbau wangi dan membantu haruman minyak wangi yang anda pakai tahan lebih lama.
  15. Pilih fragrance notes yang bersesuaian. Woody dan spicy notes biasanya tahan lebih lama.

Terdapat banyak tips yang boleh dipraktikkan bagi memastikan anda kekal harum sepanjang hari. Pilih dan amalkan tips yang bersesuaian untuk mendapatkan bauan minyak wangi yang tahan lama dan berbaloi dengan pembelian anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart