5 Tips Untuk Menghilangkan Bau Badan

Menghilangkan bau badan mungkin tidak semudah yang disangka bagi sesetengah orang dan boleh mengakibatkan tekanan serta kurang keyakinan diri. Bau badan terjadi apabila peluh bertindak balas dengan bakteria di permukaan kulit. Manusia mengeluarkan peluh secara semula jadi untuk menyelaras suhu badan. Secara umumnya, peluh tidak berbau, namun tindak balas di antara peluh dan bakteria menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Masalah bau badan bermula apabila seseorang itu mencapai usia akil baligh di mana hormon androgen dan estrogen mula meningkat. Hormon-hormon ini tidak aktif semasa usia kanak-kanak, dan itulah sebabnya kanak-kanak tidak mempunyai masalah bau badan. Selain daripada hormon-hormon tersebut mulai aktif, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi dan memburukkkan lagi masalah bau badan seperti:

  1. Exercise atau senaman yang berat
  2. Cuaca yang panas dan lembab
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Gangguan hormon
  5. Diet; serta
  6. Sesetengah penyakit seperti diabetes, penyakit buah pinggang dan hati

Berikut adalah 5 tips yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bau badan:

  1. Mandi pada setiap hari dan apabila perlu.
  2. Basuh pakaian anda selalu dan pastikan anda hanya menggunakan pakaian yang bersih.
  3. Elakkan makan makanan yang berbau seperti petai, bawang atau bawang putih.
  4. Gunakan antiperspirant selepas mandi dan sebelum tidur untuk mengurangkan peluh. Menggunakan antiperspirant sebelum tidur memberi peluang untuk ianya bertindak balas dan mengurangkan peluh pada keesokannya. Kebanyakkan antiperspirant didatangkan dengan deodorant dan ia dapat membantu menutup bau badan.
  5. Gunakan pakaian yang menyerap peluh (breathable fabrics) seperti pakaian yang diperbuat daripada kapas dan sutera bagi mengurangkan peluh dan seterusnya mengurangkan bau badan.

Selain daripada 5 tips di atas, penggunaan perfume atau minyak wangi yang bersesuaian juga dapat menghilangkan bau badan seseorang agar tampil lebih menyerlah dan berkeyakinan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart