Bagaimana memilih perfume yang tahan lama?

Perfume yang tahan lama merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan perfume. Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi ketahanan haruman sesuatu perfume.

  1. Konsentrasi atau kepekatan pati minyak wangi sesuatu perfume. Ini merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi ketahanan bau perfume. Semakin tinggi kepekatan pati minyak wangi, semakin lama bau haruman tersebut akan bertahan. Secara ringkasnya, terdapat 5 jenis perfume berdasarkan kepekatan mereka iaitu Eau Fraiche, Eau de Cologne (EDC), Eau de Toilette (EDT), Eau de Parfum (EDP) dan Parfum. Parfum mempunyai kepekatan yang paling tinggi iaitu 15-40%, diikuti oleh EDP sebanyak 15-20% dan EDT 5-15%. Oleh sebab itu, EDP adalah perfume yang tahan lama jika dibandingkan dengan EDT, EDC mahupun Eau Fraiche.
  2. Struktur sesuatu perfume juga mempengaruhi ketahanan bau mereka. Kebiasannya perfume yang berasaskan woody dan musky notes mampu bertahan lebih lama.
  3. Cara penggunaan juga mempengaruhi ketahanan bau. Semburan pada pakaian biasanya bertahan lebih lama berbanding semburan pada badan. Kulit yang lembab akan menyebabkan bauan kekal lebih lama. Oleh itu menggunakan pelembab (skin moisturizer) tanpa bau seperti Vaseline sebelum semburan perfume akan membantu ketahanan bau kepada si pemakai.

Selain daripada 3 faktor di atas, tips lain bagaimana untuk memilih perfume yang tahan lama terutama kepada pembeli atas talian adalah melalui testimoni daripada pengguna-pengguna dan juga ulasan daripada mereka yang berpengalaman seperti di saluran Youtube atau media sosial yang lain.

Umumnya, mendapatkan EDP untuk kegunaan anda adalah idea yang baik khususnya bagi mereka yang mahukan perfume yang tahan lama.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart