Soul Scentiment – Our Brand Story

Soul Scentiment tercetus dari rasa tertekan, tidak dihargai dan kekecewaan. Walau pernah berada dalam kehidupan dan kerjaya yang selesa, perubahan corak pengurusan di tempat kerja memberikan tekanan serta menghilangkan keghairahan berkerja. Gejolak jiwa yang berterusan seakan memaksa untuk mencari jalan keluar dan mengubah haluan. Namun, ketidakyakinan diri, takut mengambil risiko dan bimbang dengan cabaran sentiasa menghentikan langkah untuk keluar dari zon selesa bagi meneroka ruang baru yang lebih luas dan mencabar.

Walau apa pun alasan, yang pasti hanya satu jalan yang ada, berhenti daripada berfikir bukan-bukan serta mulakan langkah dan berubah. Dalam kebuntuan, ilmu dan motivasi yang dikongsi dalam media sosial sangat membantu. Kata-kata keramat ‘stop overthinking’ dan analogi pemanduan dalam malam yang gelap oleh sifu Irfan Khairi amat mengesankan dan menjentik minda. Benar, kita tidak akan berhenti memandu semata-mata kerana kita tidak nampak keseluruhan perjalanan, sebaliknya setiap kali kita bergerak ke hadapan, jalan baru akan jelas kelihatan sehingga sampai ke destinasi dituju.

Hasilnya, Soul Scentiment lahir dalam tempoh masa yang singkat tanpa terlalu memikirkan halangan-halangan yang bakal ditempuhi. Setiap hari memberikan pengalaman dan pengajaran baru yang sangat mengujakan. Setiap cabaran dihadapi dengan tenang lalu menjadikan kami lebih kuat dan bersemangat.

Sebagaimana namanya, Soul Scentiment bukan hanya menggambarkan emosi, kecintaan dan sentimen yang kuat terhadap wangi-wangian, ia juga menitik beratkan ketenangan dan kekentalan jiwa setiap kali menikmati aroma haruman yang segar, nyaman, mendamaikan serta bertenaga. Haruman yang bersesuaian dengan jiwa pasti membangkitkan emosi yang positif dan meningkatkan keyakinan diri.

Kami percaya setiap individu mempunyai waktu-waktu sukar tersendiri dalam jalan hidup masing-masing. Kami juga mahu anda seperti kami, berani berubah demi masa hadapan.

Ingat! Bak kata-kata Zig Ziglar, anda tidak perlu menjadi hebat utk bermula, tetapi ada perlu bermula untuk menjadi hebat.

Ayuh bersama kami di Soul Scentiment memulakan langkah dengan penuh keyakinan dan jiwa yang tenang untuk kehidupan yang lebih baik.

Hentikan berfikir berlebih-lebihan dan lakukan perubahan!

Stop overthinking and make changes!

By Soul Scentiment – Scents of Your Soul

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart