10 Fakta Mengenai Perfume Yang Anda Perlu Tahu

Terdapat pelbagai fakta mengenai perfume yang menarik untuk anda ketahui. Di sini kami senaraikan 10 fakta menarik bermula daripada asal usul perfume sehinggalah bagaimana cara penyimpanan perfume yang betul.

  1. Apakah maksud sebenar perkataan Perfume?

Perkataan perfume berasal daripada perkataan latin iaitu ‘per fumum’ yang bermaksud ‘melalui asap’. Orang-orang Rom dan Arab telah memperhalusi seni menghasilkan dan memakai perfume semenjak 2500 tahun yang lalu. Sejak zaman dahulu orang-orang Arab telah menghidupkan amalan Bakhoor di mana kemenyan dan kayu berharga dibakar untuk mewangikan pakaian dan juga persekitaran.

  1. Apakah perfume pertama yang telah diwujudkan?

Tidak diketahui apakah perfume pertama yang telah diwujudkan namun terdapat rekod berkenaan pembuat perfume pertama di dunia iaitu seorang wanita bernama Tapputi yang tinggal di Babylon kira-kira 1200 sebelum Masehi. Beliau telah menghasilkan teknik untuk mengekstrak wangian yang menjadi asas kepada pembuatan perfume pada masa kini.

  1. Wangian yang anda gunakan boleh mempengaruhi mood anda

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa rangsangan luaran seperti bau-bauan boleh mempengaruhi mood seseorang. Bagi mereka yang memerlukan ketenangan, wangian bunga-bungaan yang segar seperti jasmine serta vanilla amat membantu. Manakala mereka yang mengalami kemurungan dan rasa rendah diri, wangian seperti woody dan citrus dapat membantu meningkatkan keyakinan diri.

  1. Wangian sesuatu perfume berubah-ubah di sepanjang hari. Apakah sebabnya?

Mungkin anda pernah alami, wangian yang dicuba semasa di pusat membeli belah berbau lain apabila anda sampai di rumah. Kadang kala ianya lebih harum daripada kali pertama anda menghidunya. Mengapa terjadi demikian?

Ini kerana kandungan atau ingredients sesuatu perfume boleh dibahagikan kepada 3 notes utama iaitu Top Notes, Heart Notes dan Base Notes berdasarkan saiz molekul bahan yang digunakan. Top Notes adalah bau pertama yang dihidu apabila anda menggunakan perfume dan akan menghilang selepas 10-15 minit. Ianya diikuti oleh Heart dan Base Notes yang paling tahan lama. Oleh sebab itu lah, wangian sesuatu perfume itu mungkin berubah-ubah bergantung kepada sela masa pemakaiannya.

  1. Adakah perfume mempunyai tarikh luput?

Salah satu fakta mengenai perfume yang menarik untuk dikongikan adalah komposisi kimia yang terkandung dalam perfume boleh berubah selepas beberapa lama. Oleh sebab itu, kebiasaannya sesuatu perfume perlu digunakan dalam tempoh masa tertentu. Sebaik sahaja penutup botol dibuka dan kandungannya bertindak balas dengan udara, ianya perlu digunakan dalam tempoh 3 tahun. Selepas itu, kualiti dan bau perfume tersebut mungkin telah berubah dan tidak sama lagi sebagaimana asal. Secara umumnya, jenis perfume yang mempunyai kepekatan pati minyak wangi yang tinggi seperti EDP dan Parfum, mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

  1. Tali jam yang diperbuat daripada kulit menyimpan bau wangian lebih lama daripada tali jam daripada logam

Di antara satu rahsia untuk mendapatkan bauan yang tahan lama adalah dengan memakai jam dengan tali kulit. Ini kerana kulit merupakan bahan organik yang poros dan dapat menyimpan bau-bauan dengan lebih lama berbanding tali jam yang diperbuat daripada logam. Oleh itu apabila anda memakai perfume pada pergelangan tangan, tali kulit ini akan membantu menjadikan baunya tahan lebih lama.

  1. Deria bau dan otak anda akan cepat lali dengan bauan yang sama, jadi anda tidak dapat menghidu bau perfume yang anda pakai selepas beberapa minit

Pernahkah anda sedari yang anda tidak lagi perasan dengan bau perfume anda selepas beberapa ketika? Jika ia berlaku, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menambah semburan perfume anda kerana wangian tersebut masih ada dan orang yang anda baru temui masih boleh menghidu wangian anda. Apa yang terjadi adalah, deria bau dan otak anda cepat menjadi lali dengan bauan, atau dikenali sebagai olfactory fatique, di mana otak anda tidak lagi memberi perhatian kepada bauan tersebut. Itu lah sebabnya, anda hanya menghidu bau perfume yang anda pakai untuk beberapa ketika sahaja selepas semburan.

  1. Perfume yang sama mungkin berbau berlainan apabila dipakai oleh dua orang yang berbeza

Ini juga merupakan fakta mengenai perfume yang perlu anda ketahui. Wangian daripada perfume yang anda pakai akan bercampur dan bertindak balas dengan bau badan anda sendiri. Oleh itu, akhirnya, bauan yang terhasil apabila anda memakai perfume adalah kombinasi daripada bau bahan-bahan asas perfume, bau badan semula jadi anda, peluh dan juga faktor persekitaran seperti debu dan juga diet yang anda amalkan. Walaupun memakai perfume yang sama, setiap orang akan mempunyai bau unik mereka yang tersendiri.

  1. Apabila mencuba perfume, elakkan mencuba lebih daripada 3 jenis perfume pada satu-satu masa

Sepertimana yang diterangkan pada perenggan ke-7, deria bau manusia mudah mengalami keletihan (olfactory fatique). Apabila menghidu lebih daripada 3 jenis wangian pada satu masa, anda akan sukar untuk menghidu bauan dengan tepat dan mungkin keliru untuk membuat pilihan. Kebiasaanya, kaunter-kaunter yang menjual perfume akan menyediakan biji kopi untuk cuba meneutralkan kembali deria bau anda. Namun langkah yang baik adalah untuk mengelakkan daripada mencuba lebih daripada 3 bauan pada satu-satu masa.

  1. Perfume perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap

Cahaya, haba dan kelembapan boleh menyebabkan bahan-bahan asas perfume rosak dan mengubah kualiti perfume tersebut. Bilik air bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan perfume anda. Pastikan perfume anda disimpan di tempat yang gelap dan sejuk seperti almari supaya ianya lebih tahan lama.

Sekarang anda telah mengetahui 10 fakta mengenai perfume yang dapat membantu anda untuk mendapatkan perfume yang berkualiti dan tahan lama. Lawati kedai online kami di www.soulscentiment.com/shop untuk mendapatkan perfume berkualiti premium, harum, tahan lama dan menenangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart